CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 30, 2009

31-Disember- 2009 ( Khamis)

Hari akhir di tahun 2009. Selamat datang 2010. Apa azam ek???. Berlalu tahun 2009, banyak kenangan pahit, manis, suka & duka. Tahun 2009 dilimpahkan dengan rezeki. .. Alhamdulillah di atas kurniaan MU. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke atas MU. Semoga tahun akan datang ni... dilimpahkan razeki dan diberkati hidup di dunia ini...amin..





SELAMAT TAHUN BARU 2010......... !!!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Syawal 2009

Separuh dari Keluarga Tn Hj. Ibrahim & Hjh. Parsyiah..Meriahh

Syahrol, Syauqie, Syabiel, Me.. n my lovely parents
(Keluarga saya thn ni bertemakan warna silver)

Ayah n Syabiel di pagi Syawal 2009


Syawal yang indah tahun sambut di kampung saya Kota Tinggi Johor, sehari sebelum kedatangan Syawal saya dah sampai dikampung..dapatlah merasa berpuasa dikampung sehari..Alhamdulillah..syukur bagi perantau macam saya ni..dapat berbuka puasa dgn keluarga walau cuma sehari...
Tahun ini mmg bermakna buat family saya di Johor..dapat beraya dgn abg yg sulong..yg dah lama menghilang... wah ni sejarah lama..cukuplah... Nampak diwajah kedua org tua saya sgt gembira..
Seperti biasa... hari raya pertama selepas episod bersalam2 dan bermaaf-maafan kami akan mula menziarah keluarga terdekat..time ni mmg best sb berderet2 kereta keluarga Pak Brahim beraya..sampai org yg nak terima kunjungan kami pun takuttttt... ramai sgt anak cucu... Pak Brahim ni..
Saya beraya sehingga hari raya ke-4. Kemudian...mulakan giliran beraya dgn keluarga mertua pulak..... Bersambung ........

Sunday, August 23, 2009

Ramadan Datang Lagi

Salam Ramadan buat umat islam seluruh dunia..fuhyo.... Alhamdulillah kita masih diberi nikmat untuk menyambutnya. Untung juga puasa tahun ni masa bermula cuti sekolah. Dapat anak2 berpuasa tanpa penat.
1st day berbuka puasa di rumah mertua. Macam2 ada.... tiba2 rasa rindu pada mak di kampung. Rindunyerrrrrrr...

Tuesday, August 11, 2009

Hari Lahir My Beloved...

9 Ogos _ Happy Birthday to SYAHROL NIZAR SABIDIN as a my beloved husband and the great Ayah to my Kids.. From the bottom of my heart you are the best for me and our kids. Tak ada apa2 special untuk dia accept hadiah la... Sebenarnya pada hari ni gak pergi kenduri kahwin sepupu Syahrol di Bukit Jelutong..Majlis persandingan pihak lelaki. Majlis yang sederhana tapi best lah saya rasa..lain dari yg lain. Goodies yang diberi Kurma dan Kismis... saya anggap idea yg sangat kreatif..pendapat saya lah... Ada gambar pada majil tu tapi tak sempat nk load gambar.. sb hari ni x bwk kamera. Anyway Tahniah buat Adila n Ujai... sweet je tgk couple ni..

p/s nti nk masuk gambar lah....

Wednesday, July 8, 2009

Umur ku dah beranjak angkanya

Semalam.. ulang tahun kelahiran saya yg ke...? Saya rasa sangat bersyukur. Alahmdulillah itu sahaja yang mampu diucapkan diatas nikmat yang dikurniakan. Seperti tahun2 yang lalu tak ada apa2 perubahan. TQ pada yang wish terutama my beloved hubby, kids n friends. Hadiah..mestilah ada..walau dah setua ini .... masih gak harapkan hadiah.

Tak ada wat apa2 special..kebetulan semalam saya berpuasa. Cuma waktu berbuka tu MIL , BIL & SIL datang konon2 nak wish lah.. Tak sempat nak snap gambar coz..sibuk nk berbuka puasa. Apa yang penting terasa hidup ini terisi dengan kehadiran insan yg sgt membahagiakan.. my beloved hubby, kids , family n friends.

Sangat terharu bila my friend wish siap bagi ayat 'thank you coz being a part in my life'. Thanks K Sha for the relations.

Thursday, June 11, 2009

Untuk renungan diri sendiri tidak kena mengena yang hidup atau yang telah meninggal dunia

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"


sumber: internet

Monday, June 8, 2009

Penat lelah ISO 9001:2008

Hish..dengar je perkataan ISO membuatkan saya meremang bulu roma...hehehe.. 3-4Jun 2009 Entiti Pejabat Naib Canselor termasuklah pejabat saya telah melalui proses Audit Dalaman ISO 9001:2008. Alhamdulillah saya dan rakan2 ofis telah bertungkus lumus melunas tanggungjawab yang telah diberikan. Memang penat..sangat penat.. selaku Pengurus Dokumen yang telah diamanahkan.. saya bertanggungjawab memastikan perjalanan ISO ini terlaksana. Banyak info yang saya dapat dan belajar semasa audit ini dijalankan... Terima kasih kepada staf Penerbit yang telah memberi kerjasama yang amat-amat jitu... w/pun ada gak kerja tak sama-sama... hanya mereka yang tahu. Apa-apun rasa bersyukur dapat rakan-rakan yang boleh memberikan kerjasama yang terbaik dalam apa jua keadaan pun..

Terima kasih semua....!

Tuesday, May 5, 2009

Versi 2 Langkawi







Hotel tempat yang tinggal tu, 'seaview'. Bestnyer dapat tgk laut dan keindahan pulau-pulau lain yang ada sekitar Langkawi. Tapi malang sket bila anak sulong saya demam setibanya di sana. Banyak aktiviti laut yang tak dapat dibuat. Aktiviti dalam hotel ajelah..hehehe.. tapi percutian ini memang memenuhi matlamat saya...shopping sakan... sampaikan Syabiel bebel... 'umi ni byknye beli barang...mcm esok-esok tak boleh beli lagi...malu..lah...' terkesima jugaklah umi Syabiel ni..tapi..yang penting matlamat tercapai.

HOLIDAY IN LANGKAWI (Versi 1)




Me, asben n my kids..we all rancang bercuti ke Langkawi pada cuti Hari Buruh hari tu..(30 April-2 Mei 2009). Perjalanan bermula pukul 3.30 pagi dari Putra Jaya dan selamat tiba di bumi Langkawi jam 12.00 tgh... Perjalanan yg sungguh teruja..maklumlah org Johor kalau dpt tgk sawah padi..memang jakun sikit.

Sunday, May 3, 2009

Ruangan untuk teman

Saya selitkan karya teman saya

aku tidak mampu berbuat apa

Terkadang aku tidak mampu berbuat apa
hanya mampu melahirkan bicara
sayangnya, tidak didengar oleh sesiapa
dalam riuh dalam tawa
kita lebih menyayangi sebuah ketamakan
sedang gema kemiskinan tidak pernah menyentuh perasaan
terkadang aku tidak mampu berbuat apa
hanya mampu mengemis simpati
sayangnya, tidak di endah tidak di peduli
dalam tawa hilai yang leka
kita lebih menyintai peperangan serba melarat
sedang kematian menjadi hiasan tawarikh kemanusiaan

seringnya kita tidak mampu berbuat apa
bicara kita bergema, simpati kita mengocak
bait kata yang mengucapkan pedih luhur sering melangking
sedang tangan terbelenggu oleh kuasa dunia
menyaksi sebuah episod haloba manusia

sering saja kita tidak mampu berbuat apa
kerana kita hanya peluah bait kata yang indah di hias
sedang si berkuasa enak mengulum perih di kerusi malas!

Ria Lestari
Serdang [2005]

Tuesday, April 28, 2009

Pengalaman di hospital

Alhamdulillah... segala penantian telah dilalui dengan selamat. 27 April 2009 ayah saya menjalani operation prostat di Hospital Sultanah Aminah JB. Saya jaga ayah selepas operation tu.. saya bangga dgn ayah.. sebab dapat lalui saat-saat tu dengan tenang.. dan dia antara pesakit yg kuat dan cepat sembuh. Lega dah setahun setengah kami sekeluarga tunggu operation ni...

Pengalaman semalaman berjaga dihospital...sgt2 memberi tahap keinsafan yang tinggi.. fuh..sana-sini tgk orang sakit... rasa2nya kita yang sihat ni pun leh sesak nafas.. nama pun hospital besar..saya rasa salute kt staf yang berkhidmat di hospital ni...

Me and asben tgu di lobi hospital..ambulan keluar masuk ..mcm bas kt pudu raya..Masyaallah..semua tgk org terkejar2..sosak nafas den..ni. Ini betul2 pengalaman...

Tuesday, April 21, 2009

Kerisauan melanda...

Hemmm... hari ni x sedap hati. Entah la tiba2 teringat ayah kt kampung. Ayah saya ni bakal kena operation prostat (utk masukkan saluran kedalam prostate supaya senang buang air kecil) 27/4 ni.. dah 2 kali pihak hospital postpone..klu postpone lg..x tau la.. Saya ditugaskan jaga pada 27/4 - hingga 28/4 (hari yg lepas dia operation)..sebenarnya hati ni risau sebab... takut org jaga ni.. kena jaga..heheheh..maklum la muka je berani..tp hati saya kecik= penakut la tu.
Saya tau ayah ni kuat semangat orang nyer.. apa2 pun saya doakan semuanye berjalan dgn lancar..dan selamat.

Sunday, April 19, 2009

Early Morning...


4 April 2009


Staf Penerbit diarahkan dtg ke UPM seawal 7.00 pagi. Berkumpul di pintu masuk Stadium..em ...m...dah namanya arahan.. kira yang menurut perintahlah ye..Seronok juga menjejakkan kaki ke puncak padang ragut UPM ni.. Byk iklan komersial shooting kat area situ... saya sebagai staf UPM ini lah kali pertama ke sana..agak malang jugak la kan..

Nak tahu kenapa kami kesana..adalah utk latihan shooting untuk buku Coffee Table UPM..last2 dgn cuaca yang agak panas w/pun baru pukul 8.30 saya akhirnya menjadi penyibuk je..tak larat nk jadi model..sb mata x leh bukak.. silau sangat..

Layan anak Bob....ngan layan kuda yang sedang bersiar2 di situ. Pemandangan mmg chantekkkk kt situ...romantis..heheheh

Wednesday, April 15, 2009

Our Over Dinner


Melayan my kids dinner di SR Alamanda...makan spi terover kenyang... My asben said... makan spi habis..klu orang lain tgk makanan tu mcm makan 6-7 org... apa-apa pun janji happy

Seronoknyer Abang & Abin


Curi2 amik gambar kt Snow House. Seronok kt rasa mcm winter sonata..*maklumlah tak pernah sampai tpt2 yg bersalji..ala-ala pun dah cukup. Eee... memang seronoklah.. tapi khidmat fotograf kt situ mahal sgt la... dah tu kamera x leh bwk masuk lak..



Berkongsi kegembiraan ngan putera2 saya




Tuesday, April 14, 2009

KOTA KERIANGAN




Bulan Mac, bulan kelahiran anak2 saya. Kedua2 putera saya lahir bulan Mac. Kami menyambut di Kota Keriangan Genting (mcm berdosa statement)heheeh.. Bukan apa saja buat anak2 rasa germbira. Marilah kita kongsi kegembiraan ini..
Pengalaman naik cabel car mmg menduga tahap kegayatan saya. Masyaallah menakutkan..mengerikan..tapi alhamdulillah akhirnya saya gagahkan jua sampai ke Genting Highlands tu.. (ni permintaan asben saya la ni...nk naik cabel car..)
Destinasi yang menghiburkan kanak2 la di Kota Keriangan ni. My kids kata "umi nak pergi lagi". Kot ye pun tak kan tiap-tiap bulan plakkan..

Wednesday, April 1, 2009

Mix up Entry

Dah lama sangat saya tak lawat blog saya ni. Bukan lah sibuk sangat tapi kesempatan tak menyebelahi hehehe... Macam-macam yang telah berlaku dalam bulan Mac ni...
i. Birthday anak bungsu saya MUHAMMAD SYABIEL pada 27 Mac (upload gambar kemudian)
ii. Berehat dan beriadah di Genting Highland 16 Mac (upload gambar kemudian)
iii. Program Rakan Pembimbing UPM 24-26 Mac.
Menghadiri Program Rakan Pembimbing memang seronok. Banyak info tentang kaunseling dan psikologi yang saya terima dan boleh gunapakai untuk kehidupan keluarga dan seharian.

Wednesday, March 4, 2009

Hari Ni Birthday Syauqie


Happy Birthday anak umi... moga 'abang' menjadi insan istimewa disamping umi, ayah dan adik. Melahirkan 'abang' adalah anugerah yang terbaik buat umi. Selamat Hari Lahir Yang Ke 11 buat Muhammad Syauqie B. Syahrol Nizar...

Tuesday, March 3, 2009

Di Glory Beach







Dah puas letak gambar ramai2 ..so nak letak gambar single plak... nanti...orang tak nampak pulak yang mana saya...sebab banyak sangat pix nak letak

Staf Penerbit Bermuhasabah dan Bermotivasi











Pada 27-28 Februari 2009 semua warga Penerbit telah dimuhasabahkan oleh Prof. Dr. Azimi Hamzah dengan ceramah2 yang sangat kena dengan tema program kita orang. Terima kasih kepada staf Penerbit yang dapat berikan kerjasama yang komited untuk menjayakan program ini.. Tahun depan kita propose lagi kat bos yer... jom la layan pix yang ada ni...

Sunday, March 1, 2009

Kecelaruan Komunikasi

Baru-baru ni saya menghadiri Program Muhasabah dan Motivasi Pejabat saya di Port Dickson. Ada seorang rakan saya membangkitkan isu komunikasi yang tidak kesampaian terjadi dalam ofis saya. Saya terfikir macam komunikasi boleh gagal sedangkan...semua staf antara satu sama lain masih boleh berkomunikasi dan interaksi dengan baik...Kenapa boleh terjadi kegagalan komunikasi ni ya? Apa-apa pun....apa-apa aje la......

Wednesday, February 18, 2009

Perjalanan Menuju ISO PNC

Dah lama tak update entry blog ni. Kesibukkan yang agak melampau juga dialami selama 2 bulan ni. Bila terlibat dalam ke arah ISO Pejabat Naib
Canserlor jadi tak tentu arah saya dibuatnya. Banyak juga data yang kena dibangunkan. Saya dilantik sebagai Pengurus Dokumen (Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen) satu tanggungjawab yang agak berat juga..tapi saya terpaksa laksanakan em.. tak tahulah macam mana saya ni boleh terlibat secara langsung dalam menuju ke arah ISO ni.. Dah nama pun makan gaji..so buat je lah apa yang disuruh kan.. bukan boleh menyuruh kan..kan..
Pada 12-13 Februari ada lawatan ke Penerbit UTM Skudai. Penerbit UTM ni dah capai ISO pada 2004. Pada pendapat saya sebuah Penerbit IPTA yang dah stabil dengan prosedur ISO.. Melangkah masuk pejabat mereka mmg ada ciri2 entiti yang telah menjalani proses ISO. Semua maklumat boleh dapat dengan lengkap, cepat dan teratur. Saya berharap satu hari nanti Penerbit UPM akan jadi macam tu lah... baru lah capai universiti berprestasi tinggi.

Tuesday, January 13, 2009

Hati Gumbira

Tengahari bos panggil. Bos cakap 'Ana saya ingat nak buat retreat untuk ofis kita la.. boleh tak Ana cari maklumat dan tunjukkan pada saya'.. Saya agak terkejut ..sebab bos saya ni..kalau bab nak buat untuk benda-benda macam ni agak susah la.. tapi hari ni tiba-tiba nak buat retreat.. agak gembira rasa dihati ni.. bukan apa..Ofis saya ni dah ramai sangat staf baru masuk.. so ada juga yang masih saya belum kenal sangat..dengan adanya program macam ni boleh lah berkenalan dengan lebih mesra... ye la kan ada kawan yang dah mesra2 sangat..hilang kemesraan..so cari lah kawan baru ... hehehe
Walau pun tengah sibuk update rekod ISO ..saya boleh berpaling untuk merealisasikan kehendak bos saya tu..sebelum dia berubah fikiran. Letak tepi dulu fail2 ISO tu..walau pun 11-12 Februari ni Audit Dalaman...Terus surf kat internet..dapat Glory Beach Resort.. Yahoo!!!!!! boleh gi PD....

Wednesday, January 7, 2009

Saya Diserang Demam "chikukungya"

31/12/2008 - Hari penutup untuk tahun 2008.. pagi2 macam biasa pergi ke pejabat. Tiba-tiba tangan kanan saya rasa lenguh sangat... sampaikan tak boleh nak di angkat. Saya bagi tau pada Herza... tangan akak ni rasa lenguh... sekali waktu saya nak sapu kan bam di tangan..ha!! tu dia bintik-bintik merah dah keluar pada kedua-dua lengan saya.. . apa lagi member suruh pergi ke klinik... sampai di klinik.. tunjuk pada Dr... memang saya disahkan kena demam "chikukungya". Waktu malam saya dah mula kena sakit2 pada sendi tangan, tulang belakang, lutut dan sekitar kaki. Adoyai... memang kesakitan yang amat sangat..
1/1/2009 - saya menyambut tahun baru dengan demam ni... ruam yang keluar pada seluruh badan saya bertukar menjadi bengkak-bengkak..sekali lagi pergi ke klinik... apa lagi Dr. pun bagi satu injection.. untuk hilangkan rasa sakit dan gatal pada ruam tu..
Apa-apa pun saya bersyukur kini saya dah beransur pulih... cuma tinggal lenguh2 pada sendi aje lagi... Saya boleh bayangkan ketika ibu dan mak mertua saya diserang demam ini...