CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 29, 2008

Balik Kampung..oh..oh balik kampung!! Hati Girang

24/12 -Bertolak dari Putra Jaya pada jam 3.30 ptg dan saya tiba di kampung (Pengerang.. kawsan Parlimen Datuk Azalina) pada jam 9.00mlm. Sepanjang perjalanan cuaca agak mendung dan tak banyak kereta di jalan raya. Sampai di rumah mak dan ayah ada..memang mereka berdua aje yang ada dirumah saya.. adik bongsu saya pergi bercuti pula di Melaka. Hati tak terucap bila dapat tatap wajah mereka... Ini lah nasib perantau macam saya.. bila ada peluang untuk jumpa orang tua..itu lah saat yang saya nantikan...
25/25- Cuti Hari Krismas... sepanjang hari cuaca mendung dan hujan sekali-sekala... tak dapat nak keluar ke mana-mana..anak2 dah mula merungut..nak ajak pergi laut.. ini lah aktiviti kalau di kampung ... wajib mandi laut...tapi kali ini cuaca tak mengizinkan..pulak..
26/12 - Cuaca masih tak menentu lagi.. mak ajak saya masak lauk gulai pisang + udang..fuh sedap betul..dah lama tak makan..masakan mak.. saya tiba2 jadi manja la..nak makan macam2.. petang pulak mak masak bubur kacang... makan lagi... Petang ajak anak2 ke Tanjung Kapal.. di situ boleh tengok banyak kapal2 belayar untuk masuk ke Singapura..pemandangan memang cantik.. frust balik kali ni tak bawak Camera..saya ambil gambar guna handphone.. dah tu tak boleh nak upload dalam komputer.. ni... ada banyak juga gambar saya ambil di dalam handphone ni..
27/12 - Hari Kemangkatan Almahrum Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.. Saja bawa anak2 makan di Medan Selera Sungai Rengit..ajak mak dan ayah..mereka tak nak...penat katanya... kebetulan mak saya baru sembuh dari demam chikukunya... kaki masih rasa sakit2 lagi.. tak pelah..kami anak beranak pergi makan ... Lepas makan bawa anak2 ke Jeti Tanjung Pengelih... Jeti untuk orang kampung saya bershopping di Singapura.. Anak2 seronok dapat tengok bot keluar masuk... Di Tanjung Pengelih ni jugak..ada Pangkalan TLDM KD Sultan Ismail.
28/12 - Ha.. hari ini saya belajar resepi baru..Kuih Tepung Gomak.. Syabiel terkejut sebab umi dia pandai buat kuih..heheheh.. tunjuk skil la tu... Hari Persandingan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak.. Cadang nak balik Putrajaya hari ini.. risau kesesakkan di Kulai..kami tangguh untuk balik esok..
29/12 - Bertolak dari Pengerang ke Putrajaya.. mula kembali dengan dunia..di sini.. seronok dapat cuti lama di kampung.. sayang mak dan ayah.. doa ikhlas untuk kalian.. Ya Allah Kasihilah Ibu Bapa ku sebagaimana mereka mengasihi sejak aku masih kecil..Amin..amin..

Monday, December 22, 2008

Terima Kasih Sahabat

Tangisan sahabat buat sahabat,
Bukan boleh dibuat-buat,
Tidak bisa disekat-sekat,
Kerana tangisan seorang sahabat,
Mengandungi pelbagai peristiwa yang tersirat,
Wujudnya pertalian menjadi pengikat,
Pertalian yang tidak boleh dikerat-kerat,
Di dalam hati ia tersemat,
Hasil ciptaan Yang Maha Hebat,
Dikala panas ataupun hujan lebat,
Sahabatlah tempat kita bertempat,Sahabatlah tempat kita berehat,
Sahabat jualah tempat kita meminta pendapat,
Kerana pertalian sahabat dengan sahabat,
Amatlah rapat, terlalu dekat,Allah mengikat hati para sahabat,
Cukup kemas, cukup erat,Terciptalah pertalian yang maha keramat,
Bersih, suci dan juga berkat,
Saling tegur dan nasihat,
Bekerjasama juga muafakat,
Tanpa kenal lelah dan penat,
Menjalin pertalian hingga ke akhirat,
Manakan Hang Jebat mengamuk hebat,Setelah Tuah dituduh khianat,
Kerana bagi Hang Jebat,Tuahlah sahabat dunia dan akhirat

Saya suka puisi ini..

Sunday, December 21, 2008

Kasih Abang Kepada Adik







Sabtu lepas hantar Caer (adik ipar saya) pindah rumah baru. Tahniah untuk Caer n Echah coz dah berpindah ke rumah baru. Tentu depa seronok dapat pindah. Semalam hari Ahad masa nak keluar dinner lalu belakang rumah sewa Caer yang lama. (Rumah sewa diorang sebelah rumah kita org). Tiba2 dengan nada yang sayu 'asben' sy cakap..terasa kehilangan pulak bila lalu rumah Caer ni dah kosong jer.. Sy yg dengar rasa sayu..nak meleleh air mata sy ni..tp cover2 malu sy buat la lawak..sy ckp la bukan gi terus... ala abg ni mcm dah x leh jumpa lagi.. Terus janji dgn 'asben' nti kita gi umah diorg lg ye...Tak sangka hati seorg lelaki masih ada rasa mcm tu kan..

Logiknyer adik ipar sy ni mmg dari dulu duduk ngan kita org..berpisah bila dia org kahwin..tu pun duduk still x jauh... masih depan mata dia lagi... Jauh dari sudut hati sy..saya juga dapat rasakan apa yg asben sy rasa... Lupa pulak nk amik gambar rumah baru diorg...

Wednesday, December 17, 2008

Tak cukup Cherating ke Bukit Tinggi pulak

















































































Antara pict yg snap kt Bukit Tinggi ... Ke Bukit Tinggi x de dalm perancangan awal..so x byk tpt yg dpt pergi..masa tu dah petang..so pegi tpt yg nampak je la..paling best naik bas ke Japanese Tea House..tinggi nye tempat tu..agak gayat gak la..layan la sket pict yg ada ni...

Trip ke Cherating!!



























































































































Perjalanan dimulakan dengan kumpul di BHP Minlon.. Bergerak serentak 4 kereta... semua kereta dibekalkan dgn walkie talkie..mak mentua sy ckp "choki-choki". Perjalanan bermula jam 9.30 pagi.. byk kali gak kami berhenti2. Perhentian pertama kt Genting Sempah.. kami isi perut.. kemudian..kt Gambang x silap la.. travel yg amat menyeronokkan.. sb laluan ke Pantai Timur ni..sy jarang lalu...klu utara-selatan tu biasalah... teruja la gak..dgn highway LPT yg masih baru..






1.30 tgh spi ke destinasi.. Mercu Beach Resort Cherating.. resort yg simple..tp ok la utk destinasi bajet yg mcm kami rancangkan ni...










Pantai Cherating..cantik sgt..tp x boleh nk mandi ..sb memandang kami pergi waktu cuaca x berapa menentu..tp untuk lihat keindahan dan lupakan sekejap kesibukan tugas memang mengasyikkan... Percutian ini memang best...










Percutian ini...adalah sempena family day belah asben sy.. family dah mula besar..dan ramai yg dah bekerja..maka setiap 2 tahun mmg selalu rancang percutian bersama-sama.











Program Latihan Kerja Berkumpulan PNC



















Tahniah kepada semua warga PNC telah menjayakan Program yg telah dirancangkan. Semua staf terpaksa melibatkan diri dalam persembahan entiti masing-masing. BKK buka tirai utk persembahan. Persembahan yg lain dari yg lain..... lepas tu BPK plak.. persembahan yg tak kurang hebat... deklamasi sajak dari UBC.. tapi masa UBC perform sy tak dpt tengok sb bersedia untuk persembahan ... kemudian barulah persembahan dari ofis sy.. sy menganggapkan persembahan yg berjaya..sb dalam apa keadaan pun semua staf masih boleh beri kerjasama..syabas UPM Press!!!... x kisah la ada yg kata persembahan ofis kami biasa2 je... tpi untuk melibat kesemua staf itu bukan mudah... namun berjaya melibatkan semua staf itulah satu kejayaan kerja berkumpulan.. unit audit dalam, dengan tarian yg sempoi..happening n meriah..dan diakhiri oleh pentadbiran pnc..dengan boria.. best gak...
Keseluruhannya Latihan Kerja Berkumpulan ini berjaya!!! Caya lah PNC..lepas ini kita kena fokus kt ISO plak....

















Tuesday, December 9, 2008

My Sons


Mempunyai 2 org hero cukup menjadikan sy org yg penyabar. Muhammad Syauqie..putera yg pertama, umur dah 10 tahun kami sekeluarga panggil dia 'abang'. Seorang yg rileks, tenang, cool n very confident.. Muhammad Syabiel putera ke2..we all panggil dia 'abin'..x tau la macam mane boleh terkluar nama mcm tu..mb masa kecik2 dulu dia yg bahasakan diri dia mcm tu.. seorg yg manja..tersangat manja.. tubuh badan dah la kecik je... (mcm umi dia la).. sgt aktif ... dan agak kelam kabut sket...


Menjadi seorg UMI ... adalah..suatu anugerah yg sgt2 saya hargai... ada kawan2 saya sentiasa berusaha untuk mendapat title 'mama, ibu...umi '..nanum rezeki belum menyebelahi lagi..sy sgt2 bersyukur bila anugerah itu menyebelahi sy. Kepada kwan2 yg belum bergelar 'umi' bersabar mungkin ada hikmah yg kita tidak ketahui...


Untuk anak2 umi...umi akan sentiasa berada disisi dalam apa jua kemungkinan... kasih dan sayang sepenuhnya untuk kalian berdua..


Adoyai...sedih plak rasanyer

Wednesday, December 3, 2008

HARI MCM2 ADA



Hari yg malas giler

Hari yg penuh emosi

Hari yg mendung

Mood nk kena jaga. Mlm persembahan Dinner PNC mlm esok. Kdg2 terfikir kenapa VC nak sgt staf buat persembahan.. nk bangkitkan keyakinan diri staf matlamatnye... klu nk citer pasal keyakinan diri... susah nk bina keyakinan atas apa yang kita buat..dalam keterpaksaan.. bila ada kerelaan baru lah keyakinan diri terserlah..

Ofis kami buat satu persembahan yg mmg lain dari yg lain... pendapat sy..kelainan tu mmg lain..tp takut jugak klu mengharap kelainan ...lain pulak jadinyer..eh! ayat agak merepek!! yg penting sy faham... nanti sambung lagi..byk nk taip....