CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 29, 2008

Balik Kampung..oh..oh balik kampung!! Hati Girang

24/12 -Bertolak dari Putra Jaya pada jam 3.30 ptg dan saya tiba di kampung (Pengerang.. kawsan Parlimen Datuk Azalina) pada jam 9.00mlm. Sepanjang perjalanan cuaca agak mendung dan tak banyak kereta di jalan raya. Sampai di rumah mak dan ayah ada..memang mereka berdua aje yang ada dirumah saya.. adik bongsu saya pergi bercuti pula di Melaka. Hati tak terucap bila dapat tatap wajah mereka... Ini lah nasib perantau macam saya.. bila ada peluang untuk jumpa orang tua..itu lah saat yang saya nantikan...
25/25- Cuti Hari Krismas... sepanjang hari cuaca mendung dan hujan sekali-sekala... tak dapat nak keluar ke mana-mana..anak2 dah mula merungut..nak ajak pergi laut.. ini lah aktiviti kalau di kampung ... wajib mandi laut...tapi kali ini cuaca tak mengizinkan..pulak..
26/12 - Cuaca masih tak menentu lagi.. mak ajak saya masak lauk gulai pisang + udang..fuh sedap betul..dah lama tak makan..masakan mak.. saya tiba2 jadi manja la..nak makan macam2.. petang pulak mak masak bubur kacang... makan lagi... Petang ajak anak2 ke Tanjung Kapal.. di situ boleh tengok banyak kapal2 belayar untuk masuk ke Singapura..pemandangan memang cantik.. frust balik kali ni tak bawak Camera..saya ambil gambar guna handphone.. dah tu tak boleh nak upload dalam komputer.. ni... ada banyak juga gambar saya ambil di dalam handphone ni..
27/12 - Hari Kemangkatan Almahrum Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.. Saja bawa anak2 makan di Medan Selera Sungai Rengit..ajak mak dan ayah..mereka tak nak...penat katanya... kebetulan mak saya baru sembuh dari demam chikukunya... kaki masih rasa sakit2 lagi.. tak pelah..kami anak beranak pergi makan ... Lepas makan bawa anak2 ke Jeti Tanjung Pengelih... Jeti untuk orang kampung saya bershopping di Singapura.. Anak2 seronok dapat tengok bot keluar masuk... Di Tanjung Pengelih ni jugak..ada Pangkalan TLDM KD Sultan Ismail.
28/12 - Ha.. hari ini saya belajar resepi baru..Kuih Tepung Gomak.. Syabiel terkejut sebab umi dia pandai buat kuih..heheheh.. tunjuk skil la tu... Hari Persandingan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak.. Cadang nak balik Putrajaya hari ini.. risau kesesakkan di Kulai..kami tangguh untuk balik esok..
29/12 - Bertolak dari Pengerang ke Putrajaya.. mula kembali dengan dunia..di sini.. seronok dapat cuti lama di kampung.. sayang mak dan ayah.. doa ikhlas untuk kalian.. Ya Allah Kasihilah Ibu Bapa ku sebagaimana mereka mengasihi sejak aku masih kecil..Amin..amin..

0 comments: