Monday, December 29, 2008
Balik Kampung..oh..oh balik kampung!! Hati Girang
25/25- Cuti Hari Krismas... sepanjang hari cuaca mendung dan hujan sekali-sekala... tak dapat nak keluar ke mana-mana..anak2 dah mula merungut..nak ajak pergi laut.. ini lah aktiviti kalau di kampung ... wajib mandi laut...tapi kali ini cuaca tak mengizinkan..pulak..
26/12 - Cuaca masih tak menentu lagi.. mak ajak saya masak lauk gulai pisang + udang..fuh sedap betul..dah lama tak makan..masakan mak.. saya tiba2 jadi manja la..nak makan macam2.. petang pulak mak masak bubur kacang... makan lagi... Petang ajak anak2 ke Tanjung Kapal.. di situ boleh tengok banyak kapal2 belayar untuk masuk ke Singapura..pemandangan memang cantik.. frust balik kali ni tak bawak Camera..saya ambil gambar guna handphone.. dah tu tak boleh nak upload dalam komputer.. ni... ada banyak juga gambar saya ambil di dalam handphone ni..
27/12 - Hari Kemangkatan Almahrum Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.. Saja bawa anak2 makan di Medan Selera Sungai Rengit..ajak mak dan ayah..mereka tak nak...penat katanya... kebetulan mak saya baru sembuh dari demam chikukunya... kaki masih rasa sakit2 lagi.. tak pelah..kami anak beranak pergi makan ... Lepas makan bawa anak2 ke Jeti Tanjung Pengelih... Jeti untuk orang kampung saya bershopping di Singapura.. Anak2 seronok dapat tengok bot keluar masuk... Di Tanjung Pengelih ni jugak..ada Pangkalan TLDM KD Sultan Ismail.
28/12 - Ha.. hari ini saya belajar resepi baru..Kuih Tepung Gomak.. Syabiel terkejut sebab umi dia pandai buat kuih..heheheh.. tunjuk skil la tu... Hari Persandingan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak.. Cadang nak balik Putrajaya hari ini.. risau kesesakkan di Kulai..kami tangguh untuk balik esok..
29/12 - Bertolak dari Pengerang ke Putrajaya.. mula kembali dengan dunia..di sini.. seronok dapat cuti lama di kampung.. sayang mak dan ayah.. doa ikhlas untuk kalian.. Ya Allah Kasihilah Ibu Bapa ku sebagaimana mereka mengasihi sejak aku masih kecil..Amin..amin..
Monday, December 22, 2008
Terima Kasih Sahabat
Bukan boleh dibuat-buat,
Tidak bisa disekat-sekat,
Kerana tangisan seorang sahabat,
Mengandungi pelbagai peristiwa yang tersirat,
Wujudnya pertalian menjadi pengikat,
Pertalian yang tidak boleh dikerat-kerat,
Di dalam hati ia tersemat,
Hasil ciptaan Yang Maha Hebat,
Dikala panas ataupun hujan lebat,
Sahabatlah tempat kita bertempat,Sahabatlah tempat kita berehat,
Sahabat jualah tempat kita meminta pendapat,
Kerana pertalian sahabat dengan sahabat,
Amatlah rapat, terlalu dekat,Allah mengikat hati para sahabat,
Cukup kemas, cukup erat,Terciptalah pertalian yang maha keramat,
Bersih, suci dan juga berkat,
Saling tegur dan nasihat,
Bekerjasama juga muafakat,
Tanpa kenal lelah dan penat,
Menjalin pertalian hingga ke akhirat,
Manakan Hang Jebat mengamuk hebat,Setelah Tuah dituduh khianat,
Kerana bagi Hang Jebat,Tuahlah sahabat dunia dan akhirat
Saya suka puisi ini..
Sunday, December 21, 2008
Kasih Abang Kepada Adik


Wednesday, December 17, 2008
Trip ke Cherating!!
Perjalanan dimulakan dengan kumpul di BHP Minlon.. Bergerak serentak 4 kereta... semua kereta dibekalkan dgn walkie talkie..mak mentua sy ckp "choki-choki". Perjalanan bermula jam 9.30 pagi.. byk kali gak kami berhenti2. Perhentian pertama kt Genting Sempah.. kami isi perut.. kemudian..kt Gambang x silap la.. travel yg amat menyeronokkan.. sb laluan ke Pantai Timur ni..sy jarang lalu...klu utara-selatan tu biasalah... teruja la gak..dgn highway LPT yg masih baru..
Program Latihan Kerja Berkumpulan PNC
Tuesday, December 9, 2008
My Sons

Wednesday, December 3, 2008
HARI MCM2 ADA

Hari yg malas giler
Hari yg penuh emosi
Hari yg mendung
Mood nk kena jaga. Mlm persembahan Dinner PNC mlm esok. Kdg2 terfikir kenapa VC nak sgt staf buat persembahan.. nk bangkitkan keyakinan diri staf matlamatnye... klu nk citer pasal keyakinan diri... susah nk bina keyakinan atas apa yang kita buat..dalam keterpaksaan.. bila ada kerelaan baru lah keyakinan diri terserlah..
Ofis kami buat satu persembahan yg mmg lain dari yg lain... pendapat sy..kelainan tu mmg lain..tp takut jugak klu mengharap kelainan ...lain pulak jadinyer..eh! ayat agak merepek!! yg penting sy faham... nanti sambung lagi..byk nk taip....